Ulu Baram

Protecting Indigenous rights and world-class heritage requires openness, not silence

In 2016, the people of Baram showed the true power of democracy. Grassroots communities, supported by NGOs and civil society, stood up against the proposed Baram hydroelectric dam and won. The project, which would have drowned villages and forests, was cancelled because ordinary people made their voices heard at every stage of the struggle.

This was not just a victory over a dam. It was a reminder that the people have a democratic  right to be involved in every step of decision-making that affects their lives, land, and future. The late Chief Minister Adenan Satem recognised this right. By listening to the ground, he proved that leadership and democracy should go hand in hand.

“Grassroots participation is the essence of democracy, not a threat to it.” John Jau Sigau

Today, Baram once again stands at a crossroads. A recent so-called resolution requires Indigenous communities in Upper Baram to obtain official approval before engaging with NGOs. On the surface, this may look like order and protection. In reality, it risks silencing communities, empowering selective “consultants,” and eroding the democratic rights that the Baram people fought so hard to defend.

The Legal and Moral Problem

Malaysia’s Federal Constitution guarantees freedom of association and expression. Indigenous peoples, under both domestic law and international standards such as Free, Prior,  and Informed Consent (FPIC), have the right to freely choose their partners in development and advocacy.

By making NGO access subject to bureaucratic approval, this resolution shifts power away from the communities themselves and into the hands of political actors. Instead of strengthening democracy, it risks weakening it.

The Danger of Selective “Consultants”

One of the gravest dangers is the rise of selective “consultants” — handpicked groups allowed to operate while others are excluded. Such consultants may claim to represent communities, but in practice they often serve political or corporate agendas.

“When only handpicked voices are heard, democracy gives way to autocracy and  corruption.”(Boyce Ngau Anyi – Gerenai Communities Right Action Commette)

This selective process risks excluding the majority of Indigenous voices, silencing critical NGOs, and creating divisions. It paves the way to autocracy and corruption, where access and representation are granted based on favour rather than rights.

Exploitation Without Watchdogs

Restricting NGO engagement also weakens scrutiny over logging, plantations, mining, and  dam projects. Without independent watchdogs, communities face a greater risk of land loss, environmental destruction, and cultural erosion. Decisions can be presented as “consultative” while, in reality, voices of resistance are sidelined.

The cancellation of the Baram Dam proved that when grassroots voices are heard,  destructive projects can be stopped. If those voices had been blocked or filtered through gatekeepers, the outcome would likely have been very different.

Global Heritage at Stake

Baram is not just a local issue. It is a region of global heritage significance:

  • Gunung Mulu National Park, a UNESCO World Heritage Site.
  • Pulung Tau National Park, safeguarding fragile ecosystems.
  • Vast forests, rare species, and cultural sites vital to Indigenous identity.

“Baram is not just local, it is part of the world’s heritage.” Thomas Jalong (President of JOAS)

Restricting independent research and conservation access undermines Malaysia’s commitments under UNESCO, the Convention on Biological Diversity, and the Ramsar Convention. It also risks damaging ecotourism, which depends on global trust in transparency and sustainability.

The Rule of Law and the Future of Baram

For Malaysia to be respected as a nation governed by the rule of law, NGO engagement cannot be reduced to a matter of political favour. Any process must be transparent, accountable, and above all, respectful of constitutional rights and Indigenous autonomy.

The late Adenan Satem understood this. He knew that listening to the grassroots, supported by credible NGOs and CSOs, was not a weakness but a strength. His decision on the Baram Dam remains a model of leadership rooted in fairness and foresight.

“To ignore this lesson now would dishonour Adenan’s legacy and disempower the people of  Baram.”

A Call for Openness, Not Silence

The way forward is clear:

  • Communities must remain free to choose their partners without excessive bureaucratic interference.
  • NGO engagement must be fair, transparent, and accountable, not restricted to selective consultants.
  • Independent oversight must protect Indigenous rights and Malaysia’s international obligations.

An attempt to distract from the real issue

Regarding all that is happening in the Upper Baram, it is not unreasonable to suspect that this attempt at a so-called resolution is merely a tactic to distract the public from the real issue at hand: Indigenous lands and pristine forests are being destroyed by logging company Borneoland, with the blessing of the Forest Department. This controversial logging operation is being allowed to continue without certification, even though all long-term logging operations in Sarawak are required to have certification. Many local people and communities are opposing these operations. Their voices matter, and their voices are powerful. This is perhaps one reason the Forest Department is attempting to villainise NGOs – to shift the attention and the blame elsewhere.

Baram stands once again at a turning point. We can choose the path of openness, accountability, and genuine partnership or the path of silence, control, and exploitation.

For the sake of our democracy, our forests, and our children’s future, the choice should be obvious.

Peter Kallang
Chairman – SAVE Rivers

External link:

Baram’s lesson: When people speak freely, democracy works

 

Bahasa Malaysia:

Siapa Akan Bersuara Untuk Baram?

Melindungi hak Orang Asal dan warisan bertaraf dunia memerlukan keterbukaan, bukan membisukan

Pada tahun 2016, rakyat Baram menunjukkan kuasa sebenar demokrasi. Komuniti akar umbi, disokong oleh NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) dan masyarakat sivil, bangkit menentang cadangan empangan hidroelektrik Baram dan menang. Projek yang bakal menenggelamkan kampung dan hutan itu dibatalkan kerana rakyat biasa telah menyuarakan pendapat mereka pada setiap peringkat perjuangan.

Ini bukan sekadar kemenangan menentang empangan. Ia adalah peringatan bahawa rakyat mempunyai hak demokratik untuk terlibat dalam setiap langkah pembuatan keputusan yang mempengaruhi kehidupan, tanah, dan masa depan mereka. Allahyarham Ketua Menteri Adenan Satem mengiktiraf hak ini6. Dengan mendengar suara akar umbi, beliau membuktikan bahawa kepimpinan dan demokrasi harus seiring.

“Penyertaan akar umbi adalah intipati demokrasi, bukan ancaman kepadanya.” – John Jau Sigau (Dari Long Tungan)

Hari ini, Baram sekali lagi berada di persimpangan. Suatu resolusi baru-baru ini yang dipanggil “resolusi” memerlukan komuniti Orang Asal di Ulu Baram untuk mendapatkan kelulusan rasmi sebelum bekerjasama dengan NGO. Secara zahirnya, ini mungkin kelihatan seperti tatatertib dan perlindungan. Pada hakikatnya, ia berisiko mendiamkan komuniti, memperkasakan “rundingan terpilih”, dan menghakis hak demokratik yang telah diperjuangkan oleh rakyat Baram.

Masalah Undang-Undang dan Moral

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kebebasan berpersatuan dan bersuara. Orang Asal, di bawah undang-undang domestik dan piawaian antarabangsa seperti Persetujuan Makluman Awal Bebas dan Telus, (FPIC), mempunyai hak untuk memilih rakan kongsi mereka dalam pembangunan dan advokasi secara bebas.

Dengan menjadikan akses NGO tertakluk kepada kelulusan birokrasi, resolusi ini mengalihkan kuasa dari komuniti itu sendiri ke tangan ahli politik. Daripada mengukuhkan demokrasi, ia berisiko melemahkannya.

Bahaya “Perunding” terpilih

Antara bahaya yang paling serius ialah kemunculan “perunding terpilih”, iaitu kumpulan yang diberikan ruang untuk beroperasi, sedangkan pihak lain diketepikan. Perunding sedemikian mungkin menganggap mereka mewakili komuniti, tetapi pada praktiknya mereka sering memenuhi agenda politik atau korporat.

“Apabila hanya suara-suara terpilih yang didengar, demokrasi memberi laluan kepada autokrasi dan rasuah.” Boyce Ngau Anyi – Jawatankuasa Tindakan Hak Komuniti Gerenai

Proses terpilih ini berisiko mengecualikan majoriti suara Orang Asal, mendiamkan NGO kritikal, dan mewujudkan perpecahan. Ia membuka jalan kepada autokrasi dan rasuah, di mana akses dan perwakilan diberikan berdasarkan pilih kasih dan bukanya atas dasar hak.

Eksploitasi Tanpa Pengawasan

Menyekat penglibatan NGO turut melemahkan mekanisme pemantauan terhadap projek pembalakan, perladangan, perlombongan, dan pembinaan empangan. Tanpa kehadiran pemantau bebas, komuniti berdepan risiko lebih besar terhadap kehilangan tanah, kemusnahan alam sekitar, serta hakisan budaya. Keputusan pula boleh digambarkan sebagai “hasil konsultasi”, sedangkan pada hakikatnya suara penentangan telah diketepikan.

Pembatalan Projek Empangan Baram membuktikan bahawa apabila suara akar umbi didengari, projek yang memusnahkan alam sekitar dapat dihentikan. Sekiranya suara-suara itu disekat atau ditapis oleh ‘penjaga pintu’, hasilnya pasti akan berbeza sama sekali.

Warisan Global dalam Bahaya

Baram bukan sekadar isu tempatan26. Ia adalah wilayah warisan global yang penting.

  • Taman Negara Gunung Mulu, Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Taman Negara Pulung Tau, melindungi ekosistem yang rapuh.
  • Hutan yang luas, spesies yang jarang, dan tapak budaya penting bagi identiti Orang Asal.

“Baram bukan hanya tempatan, ia adalah sebahagian daripada warisan dunia.” – Thomas Jalong (Naib Presiden JOAS)

Menyekat penyelidikan bebas dan akses pemuliharaan melemahkan komitmen Malaysia di bawah UNESCO, Konvensyen Kepelbagaian Biologi, dan Konvensyen Ramsar. Ia juga berisiko merosakkan ekopelancongan, yang bergantung pada kepercayaan global terhadap ketelusan dan kelestarian.

Kedaulatan Undang-Undang dan Masa Depan Baram

Untuk Malaysia dihormati sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh kedaulatan undang-undang, penglibatan NGO tidak boleh dikurangkan kepada soal keistimewaan politik. Sebarang proses mesti telus, bertanggungjawab, dan dan paling utama, menghormati hak perlembagaan dan autonomi Orang Asal.

Allahyarham Adenan Satem memahami perkara ini. Beliau tahu bahawa mendengar suara akar umbi, yang disokong oleh NGO dan CSO yang berkredibiliti, bukanlah kelemahan tetapi kekuatan.
Keputusannya mengenai Empangan Baram kekal sebagai model kepimpinan berakarkan pada keadilan dan berpandangan jauh.

“Mengabaikan pengajaran ini sekarang akan mencemarkan legasi Adenan dan melemahkan kuasa rakyat Baram.”

Seruan untuk Keterbukaan, Bukan Membisukan

Baram pernah membuktikan bahawa apabila rakyat bebas bersuara, demokrasi berfungsi dengan baik. Pengajaran itu tidak boleh dilupakan atau diputar balik.

Haluan ke hadapan adalah jelas.

  • Komuniti mesti kekal bebas memilih rakan kerjasama mereka tanpa campur tangan birokrasi yang berlebihan.
  • Penglibatan NGO mestilah adil, telus, dan bertanggungjawab — bukan terhad kepada “perunding terpilih”.
  • Pemantauan bebas perlu diwujudkan bagi melindungi hak-hak Orang Asal serta memastikan Malaysia menunaikan tanggungjawabnya di peringkat antarabangsa.

Percubaan untuk Mengalih Perhatian daripada Isu Sebenar

Semua yang berlaku di Ulu Baram menjadikan sangat munasabah untuk mengesyaki bahawa “resolusi” ini hanyalah taktik bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu sebenar: tanah Orang Asal dan hutan asli sedang dimusnahkan oleh syarikat pembalakan Borneoland, yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Hutan.

Operasi pembalakan kontroversi ini dibenarkan beroperasi tanpa pensijilan, sedangkan semua operasi pembalakan jangka panjang di Sarawak diwajibkan memiliki pensijilan. Ramai penduduk tempatan dan komuniti menentang operasi ini. Suara mereka penting — dan suara mereka berkuasa.

Ini mungkin antara sebab Jabatan Hutan cuba memperalatkan NGO untuk mengalihkan perhatian serta menyalahkan pihak lain.

Baram sekali lagi berdiri di persimpangan penting! Kita boleh memilih jalan keterbukaan, akauntabiliti, dan perkongsian yang telus — atau jalan kebisuan, kawalan, dan eksploitasi. Demi demokrasi kita, hutan kita, dan masa depan anak-anak kita, pilihannya seharusnya jelas.

Peter Kallang
Pengerusi – SAVE Rivers

Leave a Reply