CSO Platform for Reform expresses deep concern over the recent imposition of official approval requirements for NGO engagement with communities in Upper Baram. Such measures represent undue restrictions on civil society organisations (CSOs) and human rights defenders, who play an indispensable role in advancing and protecting community rights.
We stand in solidarity with the NGOs and defenders facing increased administrative barriers and state oversight. These constraints risk undermining their legitimate and essential work in promoting social justice, sustainable development, and democratic participation. The systematic targeting of NGOs through procedural requirements threatens to erode civic space and limit meaningful public engagement.
In light of this situation, CSO Platform for Reform calls for the following actions:
- Immediate cessation of all practices that intimidate, restrict, or target NGOs and human rights defenders.
- Government authorities and local leadership create an enabling environment that allows for transparent, constructive, and unhindered collaboration between civil society and local communities.
- Establish clear legal protections that safeguard NGOs and human rights defenders from harassment and intimidation in the course of their work.
Solidarity with civil society is essential for building communities that are fair, inclusive, and empowered. Protecting the independence and freedom of NGOs and human rights defenders ensures that all voices are heard and rights are respected. We urge all parties to work together in fostering an environment where transparency, accountability, and participation are valued, laying the foundation for a society built on equality, dignity, and respect for all.
CSO PLATFORM FOR REFORM MENGESA HENTIKAN SEKATAN TERHADAP NGO DAN PEMBELA HAK ASASI MANUSIA
CSO Platform for Reform menyuarakan kebimbangan mendalam berkenaan penguatkuasaan keperluan kelulusan rasmi baru-baru ini bagi penglibatan NGO dengan komuniti di Ulu Baram. Langkah sebegini merupakan sekatan yang tidak wajar terhadap organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pembela hak asasi manusia yang memainkan peranan penting dalam memajukan dan melindungi hak komuniti.
Kami bersolidaritas dengan pihak NGOs dan pembela hak asasi manusia yang menghadapi halangan pentadbiran yang semakin meningkat dan pengawasan dari pihak berkuasa. Sekatan-sekatan ini berisiko menjejaskan usaha sah dan penting mereka dalam mempromosikan keadilan sosial, pembangunan lestari, dan penyertaan demokrasi. Sasaran sistematik terhadap NGOs menerusi keperluan prosedur ini mengancam ruang sivik dan mengehadkan penglibatan awam yang bermakna.
Sehubungan dengan situasi ini, CSO Platform for Reform menyeru tindakan berikut:
- Memberhentikan dengan segera semua amalan yang menakut-nakutkan, menyekat, atau menyasarkan NGO dan pendepan hak asasi manusia.
- Pihak berkuasa kerajaan dan kepimpinan tempatan mewujudkan persekitaran yang membolehkan kerjasama yang telus, konstruktif dan tanpa halangan antara masyarakat sivil dan komuniti tempatan.
- Menubuhkan perlindungan undang-undang yang jelas untuk melindungi NGOs dan pembela hak asasi manusia daripada gangguan dan ugutan dalam menjalankan kerja mereka.
Solidariti dengan masyarakat sivil adalah penting untuk membina komuniti yang adil, inklusif dan berdaya. Melindungi kebebasan dan kemerdekaan NGOs serta pembela hak asasi manusia memastikan suara semua didengari dan hak dihormati. Kami menggesa semua pihak bekerjasama dalam memupuk persekitaran di mana ketelusan, akauntabiliti, dan penyertaan dihargai, meletakkan asas bagi masyarakat yang berlandaskan kesamarataan, maruah dan penghormatan terhadap semua.
CSO Platform for Reform
A-2-10, 8 Avenue, Jalan Sungai Jernih 8/1 Seksyen 8
46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel/Fax: +60376652293
Email: info@csoplatform.com
Linktr.ee: https://linktr.ee/CSOP4Reform
Released by,
Steering Committee of CSO Platform for Reform
For further Information:
Nur Hanan Syahira
Programme Coordinator,
Borneo Chapter
nurhanan@csoplatform.com
Note:
CSO Platform for Reform, a coalition of 73 CSOs, working towards institutional reforms in Malaysia.
